Perutusan Pengetua Maktab Sabah

PUAN JULIA WILLIE JOCK
Pengetua Maktab Sabah



Selamat sejahtera kepada semua pembaca budiman...

     Sebagai sebuah Sekolah Bestari, Sekolah Bersejarah, Sekolah Premier dan Sekolah Contoh IT, Maktab Sabah berazam untuk menerajui dunia pendidikan moden demi melahirkan insan yang berketrampilan, berdaya saing dan mampu berdikari menjelang alaf baru. Untuk merealisasikan visi dan misi ini, warga Maktab Sabah harus menggembleng tenaga, bertindak secara relevan dalam menjalankan obligasi diri.

    Selaras dengan ini, para pelajar perlu menunjukkan komitmen yang jitu dalam usaha mencanai kualiti diri, berdisiplin, berilmu, bersemangat waja dan mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan agar dapat menjadi peneraju negara yang berwibawa. Besarlah harapan saya agar warga Maktab Sabah akan bergerak sebagai satu pasukan dinamik, proaktif dan telus dengan tanggungjawab masing-masing.

    Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua warga Maktab Sabah yang telah berusaha untuk mempertingkatkan kualiti dan produktiviti, yang merupakan lambang komitmen dan kesungguhan guru-guru, para pelajar dan kakitangan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.