LENCANA MAKTAB SABAH

 

 
Lencana Maktab Sabah adalah berbentuk perisai dan mempunyai moto "BERDIKARI". Pada lencana ini juga terdapat simbol Gunung Kinabalu dan di bawahnya beberapa jalur yang berupa alunan ombak. Gunung Kinabalu dan alunan ombak yang berwarna hijau itu berlatarbelakangkan warna kuning.
 
Berdikari
  • Moto "BERDIKARI" ini menandakan hasrat sekolah ini untuk terus berusaha sendiri bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. "BERDIKARI" juga menunjukkan keupayaan sendiri untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Gunung Kinabalu

  • Tanda mercu kecemerlangan. Ia juga melambangkan keagungan cita-cita para pelajar bersama hasrat sekolah ini untuk lebih berjaya.

Ombak

  • Melambangkan keazaman pelajar-pelajar Maktab Sabah mengejar cita-cita serta kesanggupan untuk menghadapi cabaran.

Warna Hijau

  • Menandakan kesuburan bakat-bakat yang dipupuk oleh Maktab Sabah; berorientasikan kejayaan, optimistik serta mesra.

Warna Kuning

  • Menggambarkan kekuatan dan kemegahan.