Matlamat Sekolah
Melahirkan satu masyarakat yang progresif dan berdaya saing di samping berakhlak mulia dalam usaha membentuk warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.
Melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran Sains dan Teknologi Maklumat untuk menghasilkan insan yang kreatif, proaktif dan berwawasan.
Objektif Sekolah
Mengamalkan pengurusan yang efektif dan efisyen.
Mengoptimumkan prestasi kecemerlangan akademik supaya menyaingi pencapaian peringkat kebangsaan dari segi kualiti dan kuantiti.
Menambah bilangan pelajar yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam semua bidang ko-kurikulum.
Mempertingkatkan sahsiah pelajar ke tahap cemerlang.
Menyediakan kemudahan yang canggih dan konduksif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Mempertingkatkan imej sekolah supaya menjadi Sekolah Perdana
yang terunggul di Sabah dan Malaysia.